Sunday, December 30, 2012

Dugaan lagi :(

Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik dah nak final kan. Allahuakhbar. cepat sungguh mase berlalu dan ini yang aku tunggukan. Nak cepat abes belajar nak kerja cepat-cepat sebab tak nak menyusahkan mak abah and orang lain lagi. In syaa Allah semua tu aku akan kecapi dengan bantuan Mu Ya Allah.

Harini da tinggal 4 hari lagi untuk fisrt paper. First paper aku 3 hb then, 5, 7, 13 and 16. Yang tiga paper tu agak sakit la sebab gab satu hari je. Study week da lame tapi tak abes lgi stdy untuk 2 paper tuh. Harini aku da semangat sangat nak study tapi kenapa kenapa dan kenapa harus jadi begini. Dengan mula nak demam nye. sakit kepala dan selsema yang tak sanggup nak hadapi tapi bile makan ubat akan sembuh jugak. Tapi bila ada nya masalah hati susah nk jumpa penawar nye T__T

Kenapa kenapa kenapa awak susah nak faham saya. kenapa tiap kali saya nak final saye kene rase kecewa macam ni. Ya Allah tolong. Saya dah tak mampu nak fikir semua masalah ni. bende kecil sebesar kuman boleh jadi sebesar alam. kenapa ?

Apa yang saya nak awak tahu saya dah hilang kawan baik saya, tempat saya mengadu, tempat saya bermanje, tempat saya bergurau sende, semua tu dah hilang. orang yang saya kenal dulu da pergi jauh dari sye. Dah lama saya bersabar and bertahan tapi awak tak nampak tapi bila perkara sebesar kuman itu berlaku buruk saya lgi yang nampak. Tak pe saya redha. Sekurang-kurang nye saya jujur. saya tak pernah ade rahsia apa2. Tapi awk sekarang nak bukak mulut borak dengan saya pun berat. kenapa ?

Pape pn terima kasih unutk segalanya sebab awak dah banyak bersabar dengan sye. 7 tahun kite bersabar bersama, suke duka kite bersama. saya cuba jadi yang terbaik untuk awak dan saya tahu awak jugak dah cuba jadi yang terbaik untuk sye, saya tak salahkan awak kalau awak terasa bosan dengan sikap saya tapi jangan tunjuk yang awak dah bosan dengan sye. Tapi dah berlaku da pn smua tuh.

Kalau apa yang dah berlaku ni buat kita sama-sama terluka. saya mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. im proud to be with you. Saya terima awak seadaanya awak. Saya kekal bersama awak sebab cinta dan sayang. Tolong la faham. Tapi kenapa mesti jadi macam ni. awak rasa kita tak serasi bersama ke ??

Jiwa saya sakit. Saya tak ada tempat mengadu yang lain kecuali awak tpi bila awak yang buat saya macam ni awak boleh faham tak perasaan saya sekarang macam mne ? Saya tak harapkan awak mesej or col saya mintak maaf n pujuk tpi saya nak awak faham keadan sye sekarang sebab saya harap hanya awak yang faham tapi ternyata tidak.

Papepun keputusan awak, hanya awk yang tahu. Dan kalau boleh doakan kesejahteraan dan kejayaan disini dari jauh. Saya akan cube untuk teruskan semua ni demi mak ayah saya. Doakan kejayaan saya.

"Ya Allah, jika jodoh ini milik kami, satukanlah hatiku dan hatinya, berikan kami kekuatan untuk kami terus bersabar dengan ujian Mu, bimbing kami menuju ke jalanmu. Tapi jika tidak, Engkau berikanlah yang terbaik untuknya, kerana dia dah cuba jadi yang terbaik untuk aku dan mungkin aku tidak mampu untuk jadi yang terbaik unutk nya. Aku mohon YA ALLAH ".

ps: Cinta saya pada awak mungkin takkan pernah pudar. in syaa Allah. 

1 comment:

  1. Blogwalking here...

    cik merah follow your blog..
    follow blog saya juga ye(^_~)

    ReplyDelete