Sunday, March 9, 2014

PRAY FOR MH 370

Assalamualaikum wbt.

Sekian lama tidak bersua muka tapi demi MH370 aku bangkit untuk bersuara. Allahuakhbar. Tiada kata yang ingin di ungkapkan melainkan menadah tangan dan terus berdoa untuk mereka yag berada dalam pesawat MH370 itu.

Pada 8 Mac 2013 kita digemparkan dengan kehilangan Pesawat Boeing 777-200 MH370 dari KLIA ke BEIJING, CHINA. Dengan membawa muatan seramai 239 termasuk 12 ank kapal. Pelbagai spekulasi yang telah dibuat orang ramai di pelbagai laman social sekarang ni. Aku tak faham kenapa masih ada yang berfikiran sempit dan kolot. Sakit jugak hati ni bila terbaca. Allahuakhbar. Sedarlah duhai manusia. Kita bukan sesiapa untuk membuat andaian. MH370 hilang dari radar tanpa sebarang petunjuk. Sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui segalanya. "Kun Faya Kun". Bila Allah kata jadi maka jadilah ia. MasyaAllah. Aturan Tuhan yang terbaik. Kejaiban Tuhan yang terindah. Ingatlah, kita bukan siapa-siapa untuk menilai segalanya. Bijak mana pun kita, Kaya mana pun kita, Hebat mana pun kita, Hidup kita tetap aturan Tuhan yang maha berkuasa. MasyaAllah.

Dekat bawah ni aku ade copy paste petikan dari seorang hamba Allah yang boleh dikatakan menyentuh hati aku. Sungguhpun kita tidak pernah kenal, tidak pernah jumpa, tidak pernah tahu dan tidak mungkin terlintas difikiran akan raut wajah mereka yang berada di dalam MH370 itu, tetapi gerak hati seorang manusia yang mempunyai perasaan yang cukup indah Tuhan bagi pinjam ini untuk turut sama merasakan kepiluan hati saudara kita yang hilang dalam boeing 777-200 MH370 itu. Speechless.

"MH370 Dari klia utk ke beijing, Dikepekatan mlm engkau sembunyi, Hilang diradar terus dicari, pelbagai persoalan kini dikaji... Langit cerah kini menyuluhmu, Demi dunia menanti hadirmu, Hujan sudah berlinangan dipipi, Namun dirimu tetap menyepi... Nyawa insan kini dipermain, Sudahkah hilang kemanusiaan?, Kehidupan manusia terus diadili, Adkah berniat utk menghakimi?...Si bijak menjdkannya politik, si pintar mcipta lawak, si cerdik terus mencaci, si genius pula mentaksir sendiri... Ya Allah Ya Rabbi, Tnjukanlah kekuasaan & kebesaranMu, Agar semuanya terhenti, Agar semua bisa mengerti... Ya Allah Ya Rahman, Engkau jua merancang, Kami lakukan yg terbaik, Namun Engkau jauh lebih baik... Andai dilangit turunkanlah, Andai dilaut timbulkanlah, Andai didarat tunjukkanlah, Dan andai di alam lain singkapilah... Jika masih hidup pulangkanlah, Agar dpt kami syukuri, Jika telah tiada buktikanlah, Agar kami pasrah relakan kepergiannya... Ya Allah Ya Rahim kami masih mengharap keajaibanMu..."

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim sesungguhnya hanya keajaiban dari-MU yang kami nantikan. Allahuakhbar. Engkau berikanlah kekuatan kepada keluarga meraka yang menerima ujian-MU ini. Sesungguhnya Engkau sebaik-baikNya Perancang.

Amin. Amin. Amin. Amin.



Wallahualam.

Thank you for reading.

#PrayforMH370

No comments:

Post a Comment