Sunday, July 29, 2012

Hurt again !

Assalamualaikum wbt


Hai semuaaa !
Betul cakap orang sekali rasa bahagia mungkin suatu hari kita akan rasa kecewa but i remember kata-kata semangat dari seorang kawan dan saya tak kan lupa ini "Awak jangan macam ni, awak jangan sedih . Tuhan memang ciptakan dia untuk awak . kita tahu tu . ni baru ujian Tuhan bagi kat awak sebelum kawin . Tuhan tunjuk sekarang mungkin sebab nak suruh dia sedar penting nya awak dalam hidup dia dan untuk dia terus meghargai awak . ingat tu . Tuhan bukan saje2 nak bongkarkan bende yang da bertahun ni sekarang . awak kene kuat untuk hadapi ni . memang awak perit sekarang tapi percayalah awak akan sangat bahagia nanti kalau awak bersabar sekarang." Awak kita takkan lupa nasihat awak ni tau . 


Kita tahu awak faham macam mana perasaan kita time tu macam mane kan .  memang time tu awak nampak kita senyum dan gelak bersama awak tapi dalam hati ni REMUK dah . Tuhan saja yang tahu macam mana perasaan kita mase tuh . Tapi kita gagahkan diri untuk terus senyum depan awak . kita tak nak awak risaukan kita . Tengs frens ! Memang itu bende da lame kan bertaun da kot . tapi yang lama itu la yang busuk sebab dah buruk dan berulat . eeeuuuuuwwwww !


Kepada kamu yang  menyakiti, memang mudah untuk diri ini MEMAAFKAN tapi bukan mudah untuk diri ini MELUPAKAN . mungkin ade care nya tapi hanya kamu yang mampu buat untuk semua itu . fikirlah . Diri ini tidak pernah minta untuk dihargai kerana apa yang diri ini lakukan semua nya IKHLAS . Dan hanya IKHLAS dan JUJUR lah diri ini mahukan . 7 tahun lama nya diri ini mengabdikan diri mencintai dan menyayangi diri kamu sepenuh hati dan tutup pintu hati untuk lelaki lain . Apa yang diri ini dapat ?


Okay ! bila bincang kamu kata ini dah lame sekarang da tak lagi . "saya da lame menyesal . saya da tak buat dah . saya sayang awak . saya cintakan awak . saya nak kawen dengan awak . mungkin dulu saya bodoh tak nampak semua tu . buat sesuatu perkara tak fikir panjang . Tapi tidak lagi sekarang . saya fikir awak je . Tolong la maafkan saya" . Maaf? like i said before lah diri ini memang sentiasa memaafkan sesiapa pn tpi untuk melupakan amatlah perit lagi2 melibatkan sesuatu yang medalam ni .


Okay ! disana dengar ye disini nak cakap . Saya sayang awak tau . apa pun awak buat saya tetap sayang awak tak kan pudar tau . SAYA SAYANGKAN AWAK KERANA ALLAH TELAH HADIRKAN AWAK UNTUK SAYA BUKAN ORANG LAIN . Cuma hati yang terluka ni mungkin susah untuk di ubati . mungkin mengambil masa dan mungkin juga disana saja yang tahu cara nya untuk mnegubati .


Saya tak pernah minta apa-apa dari awak selain daripada kejujuran . Saya terima awak seadanya awak . Susah senang kita sama harungi selama 7 tahun ni . Saya ingin teruskan hingga akhir hayat saya . Jika jodoh yang Tuhan bagi ni milik kita maka genggam la erat-erat supaya ia tak jaoh dari kita . Tuhan buat semua ni untuk bagi kita runag dan peluang unutk memperbetolkan diri masing-masing  . Saya harap disana faham apa yang saya maksudkan ini . Alhamdulillah . Saya lega .






Tengs for reading guys .


p/s : saya harap anda yang menbaca dapat mendoakan kebahagian saya dunia dan akhirat . Amin .



No comments:

Post a Comment