Tuesday, January 10, 2012

Sahabat Dunia Akhirat :)

Assalamualaikum sahabat.


Lately aku sangat stress dengan final exam ni mungkin sebab cara aku study tidak begitu satisfy. mungkin. Punca nya aku bukan yang jenis study awal sebab aku aku akan lupa apa yang dah aku hafal. 2 or 3 hari before exam bru aku start study. PEMALAS kan aku. 


Papepun aku dah cuba yang terbaik dan cuba berusaha bersungguh-sungguh. Aku hanya mampu berusaha dan tawakkal kepada ALLAH swt.


Disaaat-saat genting macam ni terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat tersayang. Dari kecil kami berkawan dan hanya dia contoh sahabat terbaik dunia akhirat yang aku ada. Rawaida. Seorang isan yang cukup sempurna bagi aku. Aku selalu berangaN untuk menjadi diri nya. Tapi cukuplah aku bersyukur dengan diri aku sekarang dan mempunyai sahabat sepertinya. 


dia selalu ada disaat aku perlukannya. bab-bab agama memang aku selalu rujuk dia. Dan disaat genting exam aku nih dia bagi aku ni unutk aku lebih kuat. Alhamdulillah aku da hafal.


Ayat seribu dinar.


"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

petikan dari surah an-Nur ayat 35

Thats all for this entry. Wish me luck and all the best my all dear frenzs. 

"Sesungguhnya carilah sahabat yang boleh membimbing kita ke jalan yang di redhai. E2 lah yang dinamakan betol2 sahabat sejati. SAHABAT DUNIA AKHIRAT."

No comments:

Post a Comment