Wednesday, June 26, 2013

Kesedaran **Dari Hati Aku

Sungguh entah kenapa aku rasa tersentuh, rendah diri, jahil nya diri ini disisi Tuhan.

Jumaat mula first paper aku untuk final year before internship. Dah elok ade mood nak study lepas habis nescafe latte satu tin aku dengan lafaz bissmillah aku mula. Yang ada kat meja study depan tinggal aku dengan sarah je sebab besok nya dia ade paper CTU yang lain semua dah selamat. 

Lebih kurang pukul 3.30 am sarah cakap kat aku "kak tie ade bace tak pasal kemalangan student malaysia kat Jordan yang meninggal sorang pastu baby 8 bulan dalam kandungan pastu yang lain parah jugak la." Aku terus tersentak. "sarah tolong carikan kak tie nme blog tu boleh tak?".

Lebih kurang 10 minit macam tula dia usaha carikan aku nama blog tu tekan sini tapi sayang yang cerita pasal kemalangan ngeri tu dah di private kan oleh sebab-sebab yang tertentu. Aku akur. Jadi aku baca je ringkasan yang dah di ulah oleh para blogger lain di sebabkan aku teringin sangat nak tahu. 

Tambahan pulak bila aku tahu kejadian ni berlaku pada 21 jun sehari selapas ulang tahun aku. Subhanallah. Kenapa aku tak pernah alert dengan bende macam ni. Aku fikir mesti masuk berita kat tv kan sebab berkatian dengan pelajar malaysia kita. Nampak sangat aku tak penah heran dengan berita kat tv tu walaupun kadang2 amat berguna. Allahuakhbar.

Tengok jam dah pukul 4 a.m lebih, ok aku pun kemas buku terus masuk bilik. Time tu aku search pakai fon je dan berlarutan sampai atas kati sebab aku decide memang nak teruskan baca blog cik amira ni. 

Allahuakhbar bertapa menusuk nya jantung aku ni bila aku bace entry-entry dia. Subhanallah. Sangat bermakna dan memotivasikan diri aku. Tuhan saja yang tahu kerdil nya diri ni. Baru sekarang aku sedar dengan nikmat hidup ni. Ya Allah, masihkah aku berpeluang untuk semua ni? mampukah aku unutk melawan hasutan syaitan? 

Selama hari ni aku selalu kalah. Aku selalu lemah dengan bisikan syaitan. Astaghfirullah. Aku sangat lemah untuk melawan. Walau aku cuba hanya sementara je aku mampu nanti aku kecundang balik. Jahil nya terasa diri di mata Mu ya Tuhan.

***

Sebenarnya sejak malam Nisfuu Syaaban hari itu aku dah mula rasa lain. rasa tak tenang dalam hati. Ingatkan rindu mak ayah. telefon ma untuk melegakan hati. Sungguh lega tapi hanya seketika. Apabila maghrib pada ari ahad tu tiba aku lepas solat maghrib aku baca al-Mulk dan Yassin. Hati masih lagi hambar. Kenapa? kenapa? kenapa? jahil sangatkah aku? Tuhan tak nak terima kemapunan kau ke? Allahuakhbar.

Aku kuatkan hati sebelum mula study baca lagi sekali Yasin. Aku berserah moga-moga Tuhan dengar akan doa aku. Aku sedekahkan bacaan yasin itu pada kedua orang tua aku dan datuk nenek yang masih hidup mahupun yang dah meninggal dunia.

Lebih kurang pukul 10 lebih hati masih rasa macam terhina. resah gelisah. Ya Allah aku menangis dalam hati kerana takut akan orang lain sedar kenapa aku menangis. Aku bersandar di dinding katil meratap nasib diri. Aku tak akan boleh mula buka buku kalau perasaan ini masih bermain dalam hati aku. Banyak sangat dosa aku. Selama hidup aku tak pernah solat taubat. Subhanallah. Jahilnya diri ini.

Aku mula search info pasal solat taubat dan aku nekad untuk solat sunat tubat malam tu. Mudah-mudahan hati aku lapang. Dengan lafaz Bismillah aku amik wuduk dan solat. Aku terasa sayu dan pilu dalam hati. Dalam hati masa tu Tuhan saja yang tahu. penuh rentetan. Sujud terakhir aku penuh dengan air mata. Aku dah tak tahan sebak. Air mata bertaburan juga semasa aku tahyatul akhir. Allahuakhbar.

Mulut aku tak berhenti berzikir memohon keampunan dariNya dalam air mata yang bercucuran. Doa pertamaku adalah Luluskan aku untuk menamat semesta ini dengan cemerlang. Aku ambil lagi al-Quran untuk membaca yasinn lagi sekali dalam tagisan. Aku dah tak kisah apa orang nak cakap masa tu. Yang aku tahu aku mohon Tuhan lindingi aku. Selesai semua tu aku bersyukur sedikit rasa lapang di dada jika yang tadi nye gelap gelita rasa nya. Alhamdulillah.

Dengan lafaz Bissmillah aku mula baca buku. Tak lama pun dalam pukul 1 lebih aku terus terlena dan dengan harapan aku mula nak buat Dhuha di setiap pagi. kenapa dulu aku rajin buat dhuha kenapa sekarang tidak? Allahuakhbar. Aku lalai.


Alhamdulillah lepas subuh aku mampu lawan nafsu syaitan dan terus capai quran unutk baca yassin lagi sekali. Yang paling buat aku kecewa selepas itu aku terlelap dan sedar-sedar je dah pukul 12. Allahuakhbar. kecewa lagi hari tu. dan hari2 seterusnya pun begitu. 

***

Berbalik kepada selepas ku baca blog cik amira semalam buat aku sedar, kita mampu untuk melawan bisikan syaitan jika kita berjaya dalam melawan nafsu kita sendiri. Alhamdulillah. Selepas subuh tadi aku berjaya baca yasin lagi dan buat sunat dhuha. Alhamdulillah.

Aku berterima kasih kepada cik Amira ni. sangat berterima kasih. Dan aku mendoakan sahabat-sahabatnya yang mengalami kemalangan itu di lindungi dengan rahmat Tuhan. Salam takziah dan al-Fatihah. Banyak yang aku pelajari dari blog cik Amira ni "Drama Papan Kekunci" aku akan sentiasa dan berterusan mengunjungi blog beliau. Kisah hidup beliau perit nya sebagai seorang pelajar juga turut aku rasakan. 

I wish you best of luck Amira ! Thank you so much.






Allah itu Pencipta kita. Dia maha mengetahui perihal kita. Dia juga lebih mengerti akan kehendak kita. Janganlah kita membelakanginya dalam apa pun yang kita ingin lakukan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Maha Menguasai. Allahuakhbar.

p/s: Hati akan lapang bila kite menyedari akan kesalahan diri. Sungguh aku Jahil.

No comments:

Post a Comment