Tuesday, February 8, 2011

..::: GILE SAYUR :::..MySpace

Assalamualaikum


hye reader...sayur...korg suke sayur tak???best OoOoo...aku sgt ske syur...bkn aku jer..the hole family lah..smua family aku mmg jns giler syur..xmkn nasi pn xpe mkn sayur jer..nyum nyum nyum..cedap nye...syur bgos taw utk kshtn..hihihi..


haaa...ni la dinner aku mlm td..
akak aku yg sediakn aku tawu mkn saja :p

aku nk share pasal KEBAIKAN SAYUR-SAYURAN dlm kehidupan seharian kte ni..Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan kita mengambil antara 400 hingga 500 gram sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Ini bersamaan dengan lima hidangan sayur dan buah iaitu hanya 80 gram satu hidangan. 


Kajian menunjukkan pengambilan serat yang mencukupi melalui sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menyelamatkan sehingga 2.7 juta nyawa atau mengurangkan beban penyakit di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun.  Kekurangan makan sayur-sayuran dan buah-buahan antara 10 faktor risiko utama kepada peningkatan kadar kematian yang mengakibatkan 31 peratus penyakit jantung dan 11 peratus serangan strok setahun di seluruh dunia.  


Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa WHO menganggarkan, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi boleh mengurangkan lima hingga 12 peratus kanser (secara keseluruhan) dan 20 hingga 30 peratus kanser usus.  Untuk penyakit kardiovaskular (jantung) pula, banyak bukti menunjukkan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh mengurangkan risiko kerana kepelbagaian kandungan fitonutrien, kalium dan serat mempunyai manfaat tersendiri.

Jika makan sayur itu payah, antara cara yang boleh dilakukan bagi mendapatkan bekalan serat harian mencukupi ialah dengan melebihkan pengambilan buah-buahan. Namun bagi pesakit kencing manis, pengambilan buah mesti dalam had yang dibenarkan supaya tidak mengganggu kawalan paras gula darah kerana semua buah-buahan mengandungi gula semula jadi.

Untuk membantu meningkatkan pengambilan serat pada kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak suka makan sayur, anda boleh menyediakan jus buah (yang diproses seluruhnya tanpa diasingkan seratnya).

Beberapa kajian mendapati jus buah membantu melindungi daripada kanser melalui mekanisme pengurangan kerosakan oksidatif akibat tindakan radikal bebas.

Malah, ada kajian menunjukkan pengambilan jus buah mampu merendahkan risiko penyakit jantung dan Alzheimer. Untuk mendapatkan kesan perlindungan ini, kita perlu minum jus buah atau sayur yang 100 peratus asli iaitu sama seperti memakan sayur atau buah itu.

Persoalannya, bagaimana hendak mengetahui jus asli daripada berpuluh jenama di pasaran? Menurut Timbalan Presiden merangkap perunding nutrisi PepsiCo International, Dr Dondeena Bradley, pilih jenama yang menawarkan 100 peratus jus buah; yang mungkin hanya ditambah sedikit air dan tidak mengandungi gula tambahan.

Katanya, sebelum membeli, baca labelnya dulu. Pastikan pada label tidak ditambah bahan lain kecuali jus buah itu sendiri, sedikit air (jika ada) dan kadangkala pengawet semula jadi.

Bagaimana hendak membezakan jus buah asli dengan lain-lain jus buah? Dalam soal ini, anda perlu lihat perkataan yang tertera pada botol, sama ada minuman jus (juice beverage) yang mengandungi 35 peratus jus buah atau minuman buah-buahan (fruit beverage) yang hanya mempunyai lima peratus jus buah.

“Jus buah tulen (100 peratus) adalah makanan tambahan terbaik yang mampu memenuhi keperluan badan harian. Komiti Penasihat Garis Panduan Pemakanan 2005 Amerika Syarikat mengatakan jus buah tulen membekalkan sesetengah vitamin dan garam galian yang lebih baik berbanding memakan buah itu sendiri. Malah, kadangkala cara pemprosesan jus buah juga boleh meningkatkan paras fitonutrien.

“Segelas jus buah (240 mililiter) membekalkan cukup vitamin C dan kalium (potassium) harian dan kaya dengan folat serta fitonutrien. Ia juga bersamaan dua hidangan sayur atau buah,” katanya sempena pelancaran Jus Oren 100 Peratus Tropicana.
Jus oren tulen mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan, terutama kandungan antioksidan, vitamin dan garam galian yang membantu badan melalui pelbagai cara iaitu:

# Vitamin C — Agen antioksidan yang sangat penting untuk meningkatkan kesihatan kulit dan gusi. Ia juga meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber tumbuh-tumbuhan.

# Kalium — Ia membantu mengekalkan tekanan darah dalam julat normal dan mengurangkan risiko strok. Kalium boleh didapati daripada banyak jenis makanan tetapi kuantitinya sedikit. Antara makanan yang kaya kalium ialah pisang, bayam dan susu rendah lemak.

# Folat — Ia membantu mengurangkan kecacatan otak atau saraf tunjang dan merangsang penghasilan sel darah merah yang sihat.

# Oren juga mengandungi pelbagai jenis fitonutrien seperti flavonoid dan karotenoid. Fitonutrien ialah komponen yang wujud semula jadi dalam sesetengah makanan dan minuman seperti oren dan berfungsi sebagai antioksidan.


nah e2 dye...detail utk kshtn kte bersme..hehehe..so,jgn bce jer..AMALKAN taw...hehehehe...seronok mkn sayur-sayuran ni ..knyg pn knyg..lau yg nk berdiet, dgn memakan sayur korg jge melakukan diet yg sihat...hehehehe...bak kte org nk diet pn biar la berpade2 kn...badan sihat, otak pn cergas..kn..kn..kn..ngeeeee~..

ok,lah smpai d sni sje utk  kali ini..adiOs amiOs.. :)


No comments:

Post a Comment